Sunday, January 9, 2011
ORAIT! TUKAR TEMA
Thursday, December 9, 2010
orait! GRADUAN ULAT BUKU TAK KE MANA?
PENERUS KESINAMBUNGAN...mahasiswa di menara gading bukan saja perlu mempunyai kecemerlangan akademik malah kualiti modal insan.Oleh Ruhaiza Rusmin
JIKA dulu menggenggam keputusan cemerlang dalam akademik bermakna masa depan cerah, kini semuanya berubah, malah bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan.
Segulung ijazah bukan lagi ciri tarikan utama majikan dan pasaran kerjaya memilih graduan sebaliknya gabungan kemahiran insaniah lebih diutamakan industri.
Ini memberi 'amaran' kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) lebih bersedia mengimbangi tuntutan kecemerlangan akademik dan kepentingan kokurikulum.
Bagaimanapun, ada mahasiswa bersikap skeptikal dan menganggap jaminan kecemerlangan akademik masih menjadi tiket utama meraih pekerjaan.
Persoalannya, mengapa masih ada tidak mahu membuka minda dan menyalahkan semua pihak lain jika menganggur melainkan diri sendiri? Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai kemahiran serta modal insan.
Beliau berkata, universiti atau mahasiswa perlu bersiap sedia menghadapi fenomena perubahan kebolehan pasaran yang semakin ditekankan majikan.
"Mahasiswa hari ini bukan saja memerlukan ilmu, tetapi kemahiran bagi memenuhi permintaan kebolehan pasaran yang sudah menjangkau tahap global.
"Justeru, tiba masanya universiti menjadi institusi bukan saja berpengaruh kepada masyarakat, malah mampu menukar minda warganya mengeluarkan graduan yang memenuhi permintaan negara.
"Gandingan universiti dan akademik perlu diseimbangkan dan bukan semata-mata melahirkan graduan ulat buku, tetapi tidak tahu hidup bermasyarakat atau kurang nilai di pasaran ekonomi," katanya.
Beliau berkata, sama ada institusi awam atau swasta perlu berganding dan bekerjasama bagi menjayakan matlamat pembangunan negara. "Gabungan ini merangkumi ilmu, kemahiran dan modal insan. Semuanya perlu dikuasai supaya mampu menjadi pelaburan pendidikan dan negara.
"Konteks pembelajaran hari ini juga bukan lagi statik sebaliknya merangkumi semua aspek seperti elektronik pembelajaran, pengajaran dan kemahiran modal insan," katanya.
Menjelang 2012, sektor pendidikan tinggi negara bakal memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menggariskan tujuh teras utama merangkumi empat fasa iaitu Peletakan Asas (2007-2010), Peningkatan dan Pemerkasaan (2011- 2015), Kecemerlangan (2016) dan Kegemilangan dan Kelestarian ( melangkaui 2020).
Pelan Tindakan ini memberi tumpuan pada pembangunan modal insan dalam usaha melahirkan rakyat kreatif dan inovatif, beretika dan bermoral tinggi, mudah diubah suai dan berfikiran kritis.
Tiga kelemahan nyata mahasiswa di institusi pengajian tinggi ialah kemahiran komunikasi yang lemah, sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat serta pemikiran kurang kritikal.
Katanya, kelemahan ini perlu diatasi segera bagi memastikan graduan yang dikeluarkan mempunyai nilai idea baru, tidak terkongkong dan luhur dalam pencarian ilmu serta dapat membantu masyarakat dalam penjanaan negara pada masa depan.
"Mahasiswa adalah aset terpenting universiti dan negara selain menjadi penentu kejayaan. Kepentingan itu tidak semestinya sekadar memenuhi tuntutan kerjaya semata-mata namun turut menyumbang kekuatan modal insan atau bakat.
"Ia bertujuan melestarikan pembangunan negara pada masa depan yang tidak boleh hanya bergantung ada hasil bumi semata-mata, tapi kekuatan masyarakatnya.
"Kelemahan sedia ada perlu dicari penyelesaiannya supaya mereka menjadi generasi baru lebih mantap, berkualiti, berdaya saing serta jati diri kukuh," katanya.
MENARUH HARAPAN...tanpa kemahiran dikehendaki majikan, graduan sukar menyerlah.
SUMBER:HARIAN METRO
Wednesday, December 8, 2010
orait! CUTI SEMESTER 2010

Friday, October 30, 2009
orait! TELEFON AKU DAH NAK NAZAK
sudah 3 tahun handfon aQ nie still setie.Walaupun rele dihack aQ ubah macam2 kat dalam tapi hari ni die tak dapat bertahan juge nak nazak.aQ try hack banyak kali ilmu yang diperturunkan member aQ kat matrix gune SETOOL,XS++,FAR MANAGER sume xboleh gak..uhuk3x sedih giler.memang riwayat handfhone sampai hari nie jew kot.
Kelainan handphone aQ nie,aQ dah upgrade kemere jadi lawa tukar driver die.Kalu owang nak bace mesej aQ confirm tak boleh aQ dah letak password.Same gak kalu nak masuk dalam file manager.Sume nie privacy.aQ tak pakai theme biase2 jew,sume aQ pakai flash theme yang lawa2.Dulu time kat matrix lagi best,boleh tengok ASTRO free kat handfon janji kene dew line 3G.Naseb bek matrix aQ dekat ngan bandar pat gak tengok ESPN,HITZ.TV,CARTOON.Time bola lagi best sape yang ade handfone sony pat tengok.Korang mesti xcayekan tapi itulH hakikatnyer.aQ bangge pat gak member power ilmu hack handfpone sampai dalam forum die owang Indonesia,Brunei,Singapore tanye kat die.Jeles aQ.huhu.Selain itu,kat matrik kan tak dew sangat line internet.Tak sampai kat asrama aQ.So,member aQ bagi software opera untuk surf internet free.memang best giler.Sampai MMS free pon boleh.Kadang2 saje jew bagi gambar2 pekene member aQ.Tapi skunk,MAXIS n CELCOM dah detect owang tak leyh tengok owang senang.So xdapat ler main internet free n MMS free.hmm..
Kadang2 aQ kesian kat member aQ yang bawu jew beli handfone tak sampai 6 bulan pon dah rosak.aQ tak berani nak hack handfhone diowang kang tak pasal2 aQ kene ganti macam member aQ kat matrix walaupun npon SONY ooriginal kew tapi rosak jugak.huhu.
Hmm.dah ler nak exam.Camner lar nak kontek owang.aduss...dugaanNYA.
p/s:aQ tak nak buat LATIHAN INDUSTRI 3 bulan.huh!
Wednesday, September 9, 2009
orait! PERJALANAN KE SARAWAK BERMULA
DAY 1
10.45 P.M
Team Ivs mechapro bertolak dari UMP naik bas dalam keadaan hujan lebat yang kilat sambar menyambar.Naseb bek sume selamat.Naik bas layan citer Jangan pandang belakang congkak.Masalahnyer napew skrin hitam putih.aQ tengok kaler kat bilik.
12.15 A.M.
Berhenti kat R n R Temerloh.Berhenti makan,minum,pam rokok,membuang bende2 tak faedah.
3.30 A.M.
Berhenti kat R n R Dengkel kat arae Selangor.Makan lagi untuk sahur.Kalu makan kat LCCT konfem mahal.
5.00 A.M.
Team kitorang sampai kat LCCT.Bawak turun sume beg n peralatan.Bas UMP tinggalkan kitorang.Masing2 buat kerje sendiri sementare tunggu flight pukul 9.00 pagi!...maakk aii..lame giler...nie sempat g kelas mechanic lab...huhuhu...
Friday, September 4, 2009
orait! NIE LAR KEJE² AKU SEBELUM MELAWAT SARAWAK


Bukan senang nak jadi designer.Kene perah otak cari idea buat suatu design yang rasmi nie.Macam banner kat atas nie,mule² aku lukis dulu atas kertas.Bese ler basic animator kan pape hal paln ats kertas.Kalu animator dowang nie akan sampai buat meeting.Aku?...Hmm..kene cari ilham sendiri.Saket otak aku.Banner yang atas sekali first² aku buat.Nampak simple sangat color die so aku tukar banner yang baru lak.Bawu nampak meriah sikit and biar mencapap sikit..huhu...napew aku pilih color merah,sebabnyer fakulti mekanikal UMP memang sinonim dengan color tu.

Lepas design banner,publisiti kene memang penting untuk tarik ramai owang follow visit neh.Macam gamba kat ats neh,aku pergi pejabat canseleri untuk upload banner nukilan aku neh.Bangge siot keluar terpampang muke depan homepage web UMP...huhu...g ar ushaa kat web UMP adew tak banner aku.Pagi kemarin aku pergi ofis canseleri tukar banner baru.

Yang nie pulak untuk name tag peserte yang follow visit neh.Mule² aku design color hitam dan merah.Tapi bincang time meeting sume tak suke aku punye color.Design ok jew.Alaaa.....dah delete design awal² aku buat name tag.Lepas tu aku tukar color nampak mencapap sikit.Cam gamba kat atas neh.Sume dak² time miting suke.Kalau x sukew gak,aku nak drop subjek nie terus bikin tencen jew..haha...tali name tag nie pon color kuning gak.Memang kamcing ar ngan color name tag neh.Tak nak lar letak color macam² kan.
Fuhh...nie lar keje aku sebagai Ketue Unit Dokumentasi untuk IVS MECHAPRO'09:SARAWAK.Bukan senang nak handle kerje neh.Nampak mudah tapi bile dah rase dapat kerje camnie bawu taw tinggi rendahnyer langit.Aku adew AJK² aku yang banyak tolong aku buat kerje.Dowang banyak tolong deal dengan tokey kedai buat tempahan.Sambil tu,aku bagi dowang experience baru camner nak handle and berkomunikasi dengan owang luar.
Sunday, August 30, 2009
orait! LUKIS LUKISAN KEJURUTERAAN BENDERA MALAYSIA

orait! ingat bendera mesia tak kene draw engineering kew.Kene ade plan gak baru leh owang decide mane yang cun.Tapi aQ pelik tol lah, owang dulu2 draw bendera mesia tak kene marah lak.Lam kelas CAD asyik kene marah jew ngan supeng pasal draw tak memuas hati die.Dah lar tak dew standard,line bengkok2.Dapat kat supeng abez ler.ngeee.Konfem die cakap "drawing kamoo suma enggak da stadard"..huhuhu...Walaupon aQ dah highlight kat picture atas adew standard fixing tu.Konfen paw juri penggadil nie dari seberang..haha..pape hal aQ bangge doh pat bendera mesia camnie...Layan jew.
p/s:saje nak sensor name owang tu.Kang kene ban abes aQ punyer CAD...haha...
Friday, August 28, 2009
orait! SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN TO ALL BLOGGERS

Assalamualaikum...long time aQ tak update blog.Sejak kebelakangan nie sibuk dengan kelab aQ.Bulan ramadhan tahun nie aQ bukak gerai untuk kelab aQ.Nak tambah pendapatan kelab walaupun dah kaye.huhu.Strategi bisnes aQ sem nie lain sikit.Lebih kepade bukak tender kat owang luar.Sekarang nie dah study kat UMP PEKAN penat lar kalau nak handle sendiri n dengan seketeriat2 aQ.So,naseb baek ade family PALIE member kelas aQ die tolong jual bawah kelab aQ.untung kelab dengan family bagu same rate.
Haaa...poster kat atas aQ design untuk tarik ramai customer beli kat gerai kelab aQ.Nie sume propaganda bagi owang terliur tengok makanan sedap2..huhu...bile dah lapor giler confirm mengidam nak makan nasi kerabu,ayam percik dan lauk2 yang adew kat geray kelab aQ.Dari situ lah keuntungan bergande muncul..huhu..Selain tu,aQ dah pos memo dalam portal UMP untuk publisiti sampai kat sumue owang terumtame sekali kat pompoan.huhu.Diowang nie kuat makan.Naseb baek adew owang camnie.Kalau takde, tak dapat fulus lar aQ.ehehe...Pape hal,aQ mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERBUKA PUASA...
p/s:dah beli mkanan gerai aQ,Jangan x p terawikh lak...ngeee...
Saturday, July 18, 2009
orait! SUMPAH BOSAN GILER
tengah malam semalam aQ n da geng g tengok wayang citer harry potter...memang excited giler nak g tengok nie..yer ler nak release tencen habes wat keje memanjang..kali nie ramai yang join ktorang tengok wayang semalam..tiket memang panjang giler ktorang book..tapi yang beznyer sape ntah dapat 2 tiket free...tapi tak excited cam dulu tengok Transformer..sampai parkir kete lupew lak letak kete kat ner lam megamall..habes 1 mall kotrang pusing dari atas sampai bawah n bawah ke atas..makk aii...penat gilerr...last2 jumpe gak..tapi semalam siap hafal bape kali tempat parkir...sape cakap citer harry potter bez sgt???meh nak luku pale....tak lar se best transformer dulu...memang lame gak lar jalan citer die..tapi bosan ar..slow jew..action tak banyak..banyak cakap n banyak memori mase silam...gurlz belakang aQ dah merungut dah...bile lar nak habes...dah tak tahan sume saket tengkuk...kalau manyak action konfem tak saket pape..juz tak kering gusi jew..huhu...Profesor mati last sekali..ingatkan Harry semangat nak balas dendam..tunggu lar sambungan die nanti...pas tengok muvee tu,g makan kat TAJ depan megamall jap sembang2..haa..semalam akak aneth adew gak join tengok wayang..aQ nak cakap lar kat akak aneth mukew sebijik cam Marsya..huhu...sambil yu tanyer lar study kat mane..wupernyer Rusia amek Medic n g kuantan wat praktikal...dengar kaet amek medik,wat2 ler saket...huhu..pas makan lak g TC lagi..adoii...dowang nie nak sangat g TC takdew tempat len kew... tapi takpew memang aQ nak release tencen n amek udare malam tepi pantai...sambil tu sembang2 n tidow atas pasir...wat badan aQ gatal jew...agak lame kat TC chow balek UMP pukul 5 pagi.Saturday, July 11, 2009
orait! TERIMA KASIH NTAHLA.NET
Friday, July 10, 2009
orait! PERODUA ECO CHALLENGE 2009
bertempat PLUS SPEEDWAY,USJ SUBANG,rombongan supporter UMP dan aQ skali p support team SAE-UMP chapter race kete.Kete sumbangan dari Perodua MYVI enjin 1.3 Manual yang siap modified pakar enjin dak2 UMP gak.aQ tengok kesian dowang tak tidow malam kowt siapkan sume keje time cuti.Teknologi yang digunakan oleh UMP dirahsiekan.Syarat lam perlumbaan tu setiap kete kene lar cari teknologi yang pat jimat minyak.Time race tu,hanye 1 liter minyak jew dowang bagi.Bayangkan 1 botol air mineral..aiyoo..sikit giler.Naseb bek kete viva aQ lagi jimat dari MYVI.huhu..aduss..windu lak kete viva aQ kat umah.Time cuti sume aQ dah make up amek rim sporty 15,spoiler amek aero cat kaler itam,bumper amek DAIHATSU MOVE.Arap2 kak aQ gune leklok.Dew calar siap ar.ngeee.
orait! BERMULANYE SEM BARU
Monday, April 20, 2009
Monday, April 13, 2009
orait! TERTUNAI JUGA MENGIDAM AKU
orait! ini hari paling bersejarah sebab nyer aku dah lame mengidam kek coklat.Last-last ade gak orang baek hati belanjer aku.Aq just melawak ajew.huhu.Pape hal tq banyak2.Aq taw beli kat mane kek coklat tu.Saje jew aq cakap kek coklat kat koop nampak sedap ler..huhu..nampaknyer memahami aq.bagus2.hehe..(LELAKI MENGIDAM???..YA!!! BETIK!!)...ngeee....
bace lagi.
orait! MARI KITE INGAT
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Hadith Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela. .
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang...' - Hadith Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
bace lagi.
orait! DAPAT AWARD LAGI
fuhh!!!orait skunk nie x putus2 dapat award...nampaknyer ramai yang menghargai aku...
tq banyk2 neeysa,pade mak ayah,kakitngan n mulut yang mnyokong perjuangan aku...award nie sebagai pembakar semangat aku memblog lagi...huhu...kepada yang x berjaya cube lagi...hihibace lagi.
Sunday, April 12, 2009
Wednesday, April 8, 2009
orait! AWARD TUK IZUL
tq ekk jiji najiy..huhu..adew gak award ekk...xtaw arr nak cakap apew..ase tharu pon adew..ahahaha.....Read More.
orait! AS TIPU DUNIA?
LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
bace lagi.
Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.
Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.
Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.
Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.
Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus.
Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu.
Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.
Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan.
Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.
| |
| TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa tidak ada dalam gambar. |
Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.
Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.
Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.
Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.
Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.
Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).
Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.
Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.
Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.
Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.
Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.
Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang.
Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.
Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.
Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.
Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.
Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.
Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan.
Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.
Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.
Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
"Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill.
Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.
Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan."
Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.
Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.
Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.
Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi









