Sunday, January 9, 2011

ORAIT! TUKAR TEMA

long time aku tak update blog ini.Rase nak tukar tema pula kan asyik same jer.Datang blog aku ni pon just nak tengok blog lain yang update,tengok harge emas semasa mane tahu kot2 boleh beli pastu boleh melabur,pastu tengok advertlet berape orang usha page aku.Rase nak naikkan lagi traffic blog aku nie.So,ade bantahan x?..hehe

Thursday, December 9, 2010

orait! GRADUAN ULAT BUKU TAK KE MANA?


PENERUS KESINAMBUNGAN...mahasiswa di menara gading bukan saja perlu mempunyai kecemerlangan akademik malah kualiti modal insan.


Oleh Ruhaiza Rusmin

JIKA dulu menggenggam keputusan cemerlang dalam akademik bermakna masa depan cerah, kini semuanya berubah, malah bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan.

Segulung ijazah bukan lagi ciri tarikan utama majikan dan pasaran kerjaya memilih graduan sebaliknya gabungan kemahiran insaniah lebih diutamakan industri.


Ini memberi 'amaran' kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) lebih bersedia mengimbangi tuntutan kecemerlangan akademik dan kepentingan kokurikulum.

Bagaimanapun, ada mahasiswa bersikap skeptikal dan menganggap jaminan kecemerlangan akademik masih menjadi tiket utama meraih pekerjaan.


Persoalannya, mengapa masih ada tidak mahu membuka minda dan menyalahkan semua pihak lain jika menganggur melainkan diri sendiri? Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai kemahiran serta modal insan.


Beliau berkata, universiti atau mahasiswa perlu bersiap sedia menghadapi fenomena perubahan kebolehan pasaran yang semakin ditekankan majikan.

"Mahasiswa hari ini bukan saja memerlukan ilmu, tetapi kemahiran bagi memenuhi permintaan kebolehan pasaran yang sudah menjangkau tahap global.


"Justeru, tiba masanya universiti menjadi institusi bukan saja berpengaruh kepada masyarakat, malah mampu menukar minda warganya mengeluarkan graduan yang memenuhi permintaan negara.

"Gandingan universiti dan akademik perlu diseimbangkan dan bukan semata-mata melahirkan graduan ulat buku, tetapi tidak tahu hidup bermasyarakat atau kurang nilai di pasaran ekonomi," katanya.


Beliau berkata, sama ada institusi awam atau swasta perlu berganding dan bekerjasama bagi menjayakan matlamat pembangunan negara. "Gabungan ini merangkumi ilmu, kemahiran dan modal insan. Semuanya perlu dikuasai supaya mampu menjadi pelaburan pendidikan dan negara.


"Konteks pembelajaran hari ini juga bukan lagi statik sebaliknya merangkumi semua aspek seperti elektronik pembelajaran, pengajaran dan kemahiran modal insan," katanya.


Menjelang 2012, sektor pendidikan tinggi negara bakal memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menggariskan tujuh teras utama merangkumi empat fasa iaitu Peletakan Asas (2007-2010), Peningkatan dan Pemerkasaan (2011- 2015), Kecemerlangan (2016) dan Kegemilangan dan Kelestarian ( melangkaui 2020).


Pelan Tindakan ini memberi tumpuan pada pembangunan modal insan dalam usaha melahirkan rakyat kreatif dan inovatif, beretika dan bermoral tinggi, mudah diubah suai dan berfikiran kritis.


Tiga kelemahan nyata mahasiswa di institusi pengajian tinggi ialah kemahiran komunikasi yang lemah, sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat serta pemikiran kurang kritikal.


Katanya, kelemahan ini perlu diatasi segera bagi memastikan graduan yang dikeluarkan mempunyai nilai idea baru, tidak terkongkong dan luhur dalam pencarian ilmu serta dapat membantu masyarakat dalam penjanaan negara pada masa depan.


"Mahasiswa adalah aset terpenting universiti dan negara selain menjadi penentu kejayaan. Kepentingan itu tidak semestinya sekadar memenuhi tuntutan kerjaya semata-mata namun turut menyumbang kekuatan modal insan atau bakat.


"Ia bertujuan melestarikan pembangunan negara pada masa depan yang tidak boleh hanya bergantung ada hasil bumi semata-mata, tapi kekuatan masyarakatnya.


"Kelemahan sedia ada perlu dicari penyelesaiannya supaya mereka menjadi generasi baru lebih mantap, berkualiti, berdaya saing serta jati diri kukuh," katanya.

MENARUH HARAPAN...tanpa kemahiran dikehendaki majikan, graduan sukar menyerlah.

SUMBER:HARIAN METRO

Wednesday, December 8, 2010

orait! CUTI SEMESTER 2010

assalamualaikum....lame aku tak update blog aku ni.Last update tahun lepas...adess....time cuti-cuti ni aku tak buat pape pon.Kerja perhabiskan duit.Cari kerja semua full.aku merajukkan diri masuk hutan naik sampan Pak Tam member aku pergi memancing.Memang tenang jiwa aku lihat kehijauan dan kebiruan Tasik Muda,Kedah.








Friday, October 30, 2009

orait! TELEFON AKU DAH NAK NAZAK


sudah 3 tahun handfon aQ nie still setie.Walaupun rele dihack aQ ubah macam2 kat dalam tapi hari ni die tak dapat bertahan juge nak nazak.aQ try hack banyak kali ilmu yang diperturunkan member aQ kat matrix gune SETOOL,XS++,FAR MANAGER sume xboleh gak..uhuk3x sedih giler.memang riwayat handfhone sampai hari nie jew kot.


Kelainan handphone aQ nie,aQ dah upgrade kemere jadi lawa tukar driver die.Kalu owang nak bace mesej aQ confirm tak boleh aQ dah letak password.Same gak kalu nak masuk dalam file manager.Sume nie privacy.aQ tak pakai theme biase2 jew,sume aQ pakai flash theme yang lawa2.Dulu time kat matrix lagi best,boleh tengok ASTRO free kat handfon janji kene dew line 3G.Naseb bek matrix aQ dekat ngan bandar pat gak tengok ESPN,HITZ.TV,CARTOON.Time bola lagi best sape yang ade handfone sony pat tengok.Korang mesti xcayekan tapi itulH hakikatnyer.aQ bangge pat gak member power ilmu hack handfpone sampai dalam forum die owang Indonesia,Brunei,Singapore tanye kat die.Jeles aQ.huhu.Selain itu,kat matrik kan tak dew sangat line internet.Tak sampai kat asrama aQ.So,member aQ bagi software opera untuk surf internet free.memang best giler.Sampai MMS free pon boleh.Kadang2 saje jew bagi gambar2 pekene member aQ.Tapi skunk,MAXIS n CELCOM dah detect owang tak leyh tengok owang senang.So xdapat ler main internet free n MMS free.hmm..

Kadang2 aQ kesian kat member aQ yang bawu jew beli handfone tak sampai 6 bulan pon dah rosak.aQ tak berani nak hack handfhone diowang kang tak pasal2 aQ kene ganti macam member aQ kat matrix walaupun npon SONY ooriginal kew tapi rosak jugak.huhu.

Hmm.dah ler nak exam.Camner lar nak kontek owang.aduss...dugaanNYA.

p/s:aQ tak nak buat LATIHAN INDUSTRI 3 bulan.huh!


Wednesday, September 9, 2009

orait! PERJALANAN KE SARAWAK BERMULA




DAY 1

10.45 P.M
Team Ivs mechapro bertolak dari UMP naik bas dalam keadaan hujan lebat yang kilat sambar menyambar.Naseb bek sume selamat.Naik bas layan citer Jangan pandang belakang congkak.Masalahnyer napew skrin hitam putih.aQ tengok kaler kat bilik.

12.15 A.M.
Berhenti kat R n R Temerloh.Berhenti makan,minum,pam rokok,membuang bende2 tak faedah.

3.30 A.M.
Berhenti kat R n R Dengkel kat arae Selangor.Makan lagi untuk sahur.Kalu makan kat LCCT konfem mahal.

5.00 A.M.
Team kitorang sampai kat LCCT.Bawak turun sume beg n peralatan.Bas UMP tinggalkan kitorang.Masing2 buat kerje sendiri sementare tunggu flight pukul 9.00 pagi!...maakk aii..lame giler...nie sempat g kelas mechanic lab...huhuhu...